• Free Website Hosting KD TERENGGANU
  • Free Domain name KD PERKASA
  • KD PERDANA
  • KD PAHANG
  • KD HANDALAN
  • KD GEMPITA
  • KD GANYANG

announcement

Monday 23 April 2012

Sejarah Penubuhan Markas Wilayah Laut 1

Markas ini telah ditubuhkan di Woodlands, sekitar tahun 1950 di Woodlands, Singapura semasa era Malayan Navydan diteruskan ke era Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Pada tahun 1975, Malaysia telah menghadapi kebanjiran Pendatang Tanpa Izin akibat perang Indo-China. TLDM telah terlibat secara langsung membendung kebanjiran pelarian perang tersebut. Komponen TLDM dikenali sebagai Operation Cabut Support Group (OCSG) yang ditempatkan di Tanjung Gelang, Kuantan. Tugas utama OCSG adalah membendung kemasukan pelarian perang tersebut di samping mengawal perairan Timur Semenanjung khususnya Pulau Bidong yang merupakan pulau penempatan sementara pelarian berkenaan.Pergolakan politik di Indo-China telah mendorong Majlis Keselamatan Negara mencadangkan kepada kerajaan akan perlunya sebuah pangkalan TLDM di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sehubungan itu, seiring dengan pelan ‘Perkembangan Istimewa Angkatan Tentera’ atau lebih di kenali sebagai PERISTA yang berlaku dalam jangkamasa yang singkat, kerajaan telah memutuskan Tanjung Gelang, Kuantan di jadikan sebagai Pangkalan TLDM di sebelah Pantai Timur Semenanjung sebagai reaksi terhadap pergolakan politik yang tidak stabil di Indo-China.Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada pertengahan 1970an. Pangkalan yang dilengkapi jeti siap dibina pada tahun 1980. Seterusnya, pada 28 Okt 85 Markas Wilayah Laut 1  (MAWILLA 1) mula beroperasi pada 1 Jan 81 dan telah dirasmikan oleh Ke Bawah DYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustai’n Billah Abni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al Mu’Adzam Shah pada 28 Okt 85. Kemudahan infrastruktur dan prasarana markas di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang telah menjangkau usia tua dan ketinggalan ke belakang jika di bandingkan dengan Pangkalan-Pangkalan TLDM yang lain, seperti di Lumut, Kota Kinabalu, Semporna, Sandakan dan Pulau Langkawi. Pihak pengurusan markas telah merancang projek pembangunan markas untuk dilaksanakan secara berperingkat sesuai keperluan strategi pertahanan semasa dan masa hadapan.

LAWATAN KERJA MENTERI PERTAHANAN KE PANGKALAN TLDM TANJUNG GELANG

KUANTAN, 8 Mac 12 – Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) telah menerima Lawatan Kerja dari Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi semalam.  Lawatan kerja ini merupakan lawatan ulung beliau ke pangkalan ini.  Kehadiran Menteri Pertahanan turut dihadiri oleh Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Panglima 3 Div Mejar Jeneral Dato’ Razali bin Hj Ahmad serta beberapa tetamu kehormat kerajaan Negeri Pahang.
YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sedang 
menyampaikan ucapan
Ketibaan Menteri Pertahanan telah disambut oleh Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli serta pegawai-pegawai kanan markas. Beliau telah memeriksa Kawalan Suku di hadapan  perkarangan Auditorium Al-Haimi. Dalam ucapan, beliau telah melahirkan rasa berbesar hati kerana berpeluang meluangkan masa untuk bertemu dengan warga pangkalan dan melihat keadaan di Markas Wilayah Laut 1. Di samping itu, beliau juga berasa bangga dengan beberapa projek penambahbaikan prasarana dan fasilitas yang diusahakan oleh TLDM demi kesejahteraan warga di pangkalan

Beliau telah sempat berkunjung ke Galeri MAWILLA 1 dan menikmati jamuan ringan sebelum meninggalkan pangkalan. Kunjungan Menteri Pertahanan dan Menteri Besar Pahang ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang telah memperlihatkan keperihatinan mereka dalam memastikan taraf kehidupan dan kebajikan warga sentiasa terpelihara. Ini telah menyuntik semangat dan moral di kalangan warga MAWILLA 1 untuk menjalankan tugas dengan lebih setia dan dedikasi.
Sumber : Perhubungan Awam MArkas Wilayah Laut 1
Artikel : Lt Mohd Syahiruddin bin Hamsin TLDM
Jurufoto : LK PRL Amiruddin bin Mohd Dout
              LK I KOM Ahmad Romizal bin Ahmad Zaki