• Free Website Hosting KD TERENGGANU
  • Free Domain name KD PERKASA
  • KD PERDANA
  • KD PAHANG
  • KD HANDALAN
  • KD GEMPITA
  • KD GANYANG

announcement

Monday 23 April 2012

Sejarah Penubuhan Markas Wilayah Laut 1

Markas ini telah ditubuhkan di Woodlands, sekitar tahun 1950 di Woodlands, Singapura semasa era Malayan Navydan diteruskan ke era Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Pada tahun 1975, Malaysia telah menghadapi kebanjiran Pendatang Tanpa Izin akibat perang Indo-China. TLDM telah terlibat secara langsung membendung kebanjiran pelarian perang tersebut. Komponen TLDM dikenali sebagai Operation Cabut Support Group (OCSG) yang ditempatkan di Tanjung Gelang, Kuantan. Tugas utama OCSG adalah membendung kemasukan pelarian perang tersebut di samping mengawal perairan Timur Semenanjung khususnya Pulau Bidong yang merupakan pulau penempatan sementara pelarian berkenaan.Pergolakan politik di Indo-China telah mendorong Majlis Keselamatan Negara mencadangkan kepada kerajaan akan perlunya sebuah pangkalan TLDM di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sehubungan itu, seiring dengan pelan ‘Perkembangan Istimewa Angkatan Tentera’ atau lebih di kenali sebagai PERISTA yang berlaku dalam jangkamasa yang singkat, kerajaan telah memutuskan Tanjung Gelang, Kuantan di jadikan sebagai Pangkalan TLDM di sebelah Pantai Timur Semenanjung sebagai reaksi terhadap pergolakan politik yang tidak stabil di Indo-China.Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada pertengahan 1970an. Pangkalan yang dilengkapi jeti siap dibina pada tahun 1980. Seterusnya, pada 28 Okt 85 Markas Wilayah Laut 1  (MAWILLA 1) mula beroperasi pada 1 Jan 81 dan telah dirasmikan oleh Ke Bawah DYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustai’n Billah Abni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al Mu’Adzam Shah pada 28 Okt 85. Kemudahan infrastruktur dan prasarana markas di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang telah menjangkau usia tua dan ketinggalan ke belakang jika di bandingkan dengan Pangkalan-Pangkalan TLDM yang lain, seperti di Lumut, Kota Kinabalu, Semporna, Sandakan dan Pulau Langkawi. Pihak pengurusan markas telah merancang projek pembangunan markas untuk dilaksanakan secara berperingkat sesuai keperluan strategi pertahanan semasa dan masa hadapan.

No comments:

Post a Comment